99
Tuesday, April 21, 2009 at 2:44 PM |  

The 99 ataupun dikenali juga dengan nama The Ninety-Nine adalah watak-watak adiwira Teshkeel Comics. Watak-watak adiwira ini agak unik kerana ia berdasarkan kepada 99 Nama Allah mengikut kepercayaan agama Islam.

The Ninety-Nine diilhamkan oleh Dr. Naif Al-Mutawa, CEO kepada Teshkeel Comics. Komik The Ninety-Nine dibentuk oleh tokoh-tokoh komik veteran seperti Fabian Nicieza, Stuart Moore, June Brigman, Dan Panosian, John McCrea, Ron Wagner, Sean Parsons dan Monica Kubina. Mereka adalah anggota berpengalaman yang pernah berkhidmat untuk syarikat komik terkenal seperti Marvel dan DC.

Walaupun berdasarkan kepada kepercayaan Islam namun komik ini tidak menjurus kepada bentuk berdakwah dan agama yang dianuti oleh watak komik juga tidak dinyatakan.

Keluaran pertama komik ini ialah di Timur Tengah pada bulan Mei 2006 dan untuk keluaran Amerika Syarikat pada bulan Julai 2007.

The Ninety-Nine mengisahkan sekumpulan manusia yang mendapat kuasa luarbiasa setelah menjumpai atau tersentuh batu Ahjar Al Noor (Batu Cahaya). Mereka akan menjadi lebih kuat apabila bergerak secara berkumpulan sama ada tiga orang atau lebih (simbolik kepada perpaduan atau permuafakatan dalam Islam).

Kerana The Ninety-Nine adalah berdasarkan kepada 99 Nama Allah, maka watak-watak adiwira ini juga dinamakan mengikut nama-nama Nya (dengan ditambah Al di belakangnya bermaksud hamba dan watak-watak ini hanyalah manusia biasa, tetap mempunyai kelemahannya). Nama-nama tersebut ialah :

Al - Jabbar (Yang Berkuasa)

Noora (An-Nur) (Cahaya)

Darr (Ad-Darr) (Yang Mengancam)

Jami' (Al-Jami') (Yang Menyatukan)

Widad (Al-Wadud) (Yang Penyayang)

Al-Fattah (Yang Memberi Kemenangan)

Mumita (Al-Mumit) (Yang Memusnahkan)

Raqib (Ar-Raqib) (Yang Memerhati)

Bari (Al-Bari') (Yang Benar)

Sami (Al-Sami') (Yang Mendengar)

Musawwira (Al-Musawwir) (Yang Mengumpulkan)

Hadya (Al-Hadi) (Yang Memberi Petunjuk)

Rafie (Ar-Rafi') (Yang Meringankan)

Baqi (Al-Baqi) (Yang Kekal)

Baeth (Al-Ba'ith) (Yang Membangkitkan)

Hanya suatu watak sahaja yang digambarkan memakai burqa bagi kaum wanita iaitu watak Batina (Al-Batin) (Yang Tersembunyi). Penjahat bernama Rughal juga memiliki Batu Cahaya dan dikenali dengan nama Hei.

Komik ini diterbitkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Sebuah taman tema berkaitan komik 99 (The Ninety-Nine) telah dibuka di Kuwait pada tahun 2009. Teshkeel Comics juga sedang dalam perancangan untuk membikin siri animasi TV untuk The Ninety-Nine.

Sumber: Wikipedia.

WEBSITE 99



Posted by zulazahari Labels:

2 comments:

cerpelai said...

Pehh..
Gua tak pernah dengar pulak hero komik ni?..
Dahsyat laa info bro nih..!!

April 22, 2009 at 8:54 AM  
zulazahari said...

Komik nie dah lama dah diterbitkan, cuma aku tak pasti sama ada ia dipasarkan di Malaysia atau tidak.

April 22, 2009 at 9:00 AM  

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.