Wednesday, April 29, 2009 at 2:27 PM |  

Gundala adalah watak adiwira yang popular di Indonesia. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1969 dengan kemunculan komik pertama berjudul Gundala Putera Petir yang diilhamkan oleh Hasmi. Melihat kepada Gundala kemungkinan sekali ia adalah gabungan watak The Mighty Thor (Marvel Comics) dan watak The Flash (DC Comics). Watak Gundala pernah difilemkan pada tahun 1983. Khabarnya sebuah filem Gundala yang baru akan menemui penonton tidak lama lagi. Filem Gundala baru ini dikatakan sarat dengan penggunaan CGI dan efek komputer yang canggih.

Alter-ego bagi Gundala ialah seorang saintis bernama Sancaka yang berhasil mencipta serum penebat petir. Akibat terlalu gembira dengan penemuan itu dia telah terlupa tentang majlis hari jadi kekasihnya. Perbuatannya itu menyebabkan mereka bertengkar dan berpisah. Akibat terlalu kecewa dan menyalahkan dirinya sendiri, Sancaka berlari di dalam hujan dan dipanah petir.

Apabila tersedar, Sancaka mendapati dirinya berada di sebuah planet yang diperintah oleh Kerajaan Petir dan rajanya bernama Kaisar Kronz. Kaisar Kronz menganugerahkan Sancaka kuasa luarbiasa iaitu menembak petir dari tapak tangannya (similar dengan watak Black Lightning [DC Comics]) manakala Raja Taifun daripada kerajaan Bayu pula menganugerahkannya kebolehan berlari sepantas kilat (ref: The Flash).

Apabila kembali ke Bumi, Sancaka menjadi Gundala dengan sut hitam dan bertopeng, menumpaskan jenayah dan kejahatan di kota Jakarta (di dalam komik ia adalah Yogyakarta).
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.