Wednesday, April 29, 2009
at
3:14 PM
|
Sewaktu aku kecil dulu, ayahku mempunyai koleksi komik-komik Melayu terbitan Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara komik-komik tersebut ialah Si Mata Siwa. Terdapat beberapa episod untuk komik tersebut. Malangnya tidak satu pun komik Si Mata Siwa itu yang masih ada sekarang, ada yang dipinjam orang dan tidak dikembalikan, ada juga yang sudah koyak di makan lipas dan anai-anai.
Kerana hobiku suka melayari internet mencari bahan-bahan menarik untuk aku muatkan di dalam blog, aku terjumpa suatu laman yang memaparkan komik-komik lama dari Indonesia. Salah satu antara komik yang dipaparkan itu ialah komik Si Mata Siwa.
Si Mata Siwa merupakan sebuah kisah fantasi purbawara yang berlatarkan Jawa kuno dan ada unsur-unsur epik Hindu pada ceritanya. Ia dimulai dengan suatu kejadian letusan gunung berapi. Keajaiban berlaku apabila seorang wanita mengandung ditemui pengsan dihanyutkan oleh lahar gunung berapi yang memijar. Atas usaha orang kampung wanita tersebut dapat diselamatkan.
Wanita itu kemudiannya melahirkan seorang bayi lelaki yang mempunyai mata ketiga di dahinya. Dan mata itu boleh memancarkan api (seperti watak Cyclops dalam The X-Men). Bayi itu bernama Shindu dan sebenarnya adalah penjelmaan semula (reincarnation) pendekar Mahendradata yang pernah hidup beribu-ribu tahun yang lampau. Apabila dewasa Shindu menutup mata itu dengan kain dan akan membukanya di waktu keadaan terdesak.
Kelahiran Shindu berjaya dikesan oleh Danang Salaksa yang merupakan musuh ketat kepada Mahendradata (kemungkinan Danang Salaksa adalah immortal kerana masih hidup di zaman Shindu ataupun mungkin juga penjelmaan semula). Danang Salaksa mempunyai kebolehan untuk merasuk dan mempengaruhi minda sesiapa sahaja.
Siri Si Mata Siwa ini dilanjutkan ke beberapa episod. Si Mata Siwa diilhamkan oleh penulis dan pelukis komik Indonesia bernama Teguh Santosa. Komik ini agak popular pada lewat tahun 60'an dan awal 70'an dahulu di Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Posted by
zulazahari
Labels:
Si Mata Siwa
9 comments:
salam tuan
Ada lagi ke komik si mata siwa ni. Saya suka komik ni selain dewi airmata, serangan tikus serta tuan tanah kedawung.tak taulah mana nak dapat komik tu sekarang.
mountain climber.
Salam kembali mountain climber,
Rasanya susah nak jumpa lagi komik ni di Malaysia kerana ia diterbitkan pada tahun 60'an dan 70'an dahulu, mungkin terdapat di kedai2 buku bundle, kena rajin mencarilah, bagaimanapun saya tidak pasti sama ada ia masih dicetak di Indonesia.
saya pernah baca komik ni masa zaman knak kanak dulu...mmg bagus.
komik yang tiada tandingan, aku suka dgan plot ceritany,.dn yg paling hebat teknik lukisan yg amat detail serta mengujakn.
Miri sarawak saya juga pernah membaca komik trsebut sewaktu kanak2 ia membunuh naga pecona api
Saya juga pernah membaca komik si mata siwa bertempur dgn naga pecona api
Membunuh naga pecona api
salam..
ayah sy buat jilid sdri komik nh, sume episod ade..dy buat hard cover sdri huhuhu...dpt la sy plak yg bce..
ayh sy memg suke gile crte nh..Fb dy pn dy pkai nme EMPU KEBO IRENG hahaha...sib la sy x ltk nme sy RANGGAWUNI atau NAWANGWULAN huhuhu...
Anon 8:19
Siapakah gerangan yer?? Perkenalkanlah diri, mungkin kita boleh tubuhkan kelab peminat Si Mata Siwa Malaysia ker...hehehe.
Post a Comment