Monday, April 12, 2010
at
3:30 PM
|
Sekiranya di dalam Marvel Comics, The Punisher merupakan adiwira dan antihero yang tidak mempunyai sebarang kuasa luarbiasa sebaliknya memiliki kepakaran dalam seni peperangan dan pembunuhan, DC Comics juga nampaknya turut mempunyai seorang adiwira yang memiliki kebolehan sebegitu.
Christopher Chance atau dikenali sebagai Human Target adalah gabungan antara penyiasat persendirian dan pengawal peribadi. Menariknya, Christopher Chance akan menyamar sebagai orang yang dilindunginya dengan tujuan untuk memerangkap pembunuh ataupun mereka yang mengancam keselamatan orang yang mengupahnya.
Watak Christopher Chance aka Human Target diilhamkan oleh Len Wein dan Carmine Infantino, mula muncul menerusi Action Comics pada tahun 1972. Pada mulanya watak ini dimasukkan ke dalam ruang lingkung DC (DC universe) dan pernah berganding bahu bersama-sama adiwira-adiwira DC lain seperti Superman dan Batman.
Bagaimanapun, Human Target dipisahkan daripada ruang lingkung DC apabila komik ini diambil-alih penerbitannya oleh Vertigo (anak syarikat DC Comics).
Human Target muncul dengan novel grafiknya sendiri dan pernah diadaptasi sebagai siri TV pada tahun 1992. Watak Christopher Chance dibawakan oleh penyanyi rock terkenal tahun 80'an iaitu Rick Springfield.
Siri TV Human Target tahun 90'an agak kurang mendapat sambutan dan dikritik sebagai klon kepada siri TV Mission: Impossible dan Quantum Leap.
Pada tahun 2010, Human Target sekali lagi diadaptasi sebagai siri TV dan watak Christopher Chance dibawakan oleh Mark Valley. Terdapat sedikit perubahan dalam siri TV versi 2010 ini di mana Christopher Chance tidak menyamar sebagai identiti orang yang dilindunginya, sebaliknya dia sendiri menjadi penyiasat persendirian, pengawal peribadi dan juga perisai kepada pengupahnya.
Christopher Chance turut dibantu oleh Guerrero (seorang penyiasat yang mempunyai sisi gelap) dan majikan merangkap rakan kongsinya, Winston.
Posted by
zulazahari
Labels:
Human Target
0 comments:
Post a Comment