Wednesday, September 1, 2010 at 4:14 PM |  

Prince Namor atau dikenali juga sebagai Sub-Mariner merupakan watak adiwira komik Marvel yang diilhamkan oleh pelukis Bill Everett. Watak Sub-Mariner mula diperkenalkan sekitar tahun 1939. Bill Everett mendapat inspirasi untuk watak Sub-Mariner berdasarkan kepada puisi Samuel Taylor Coleridge berjudul The Rime of the Ancient Mariner.

Prince Namor merupakan anak kepada seorang nakhoda kapal yang berkahwin dengan puteri Atlantis, dikenali di dalam dunia Marvel sebagai mutant. Prince Namor mempunyai kuasa luarbiasa seperti mampu menyelam lama di dalam air dan mampu berenang seperti ikan. Prince Namor juga boleh terbang kerana mempunyai sepasang sayap kecil pada tumit kakinya.

Kerana Prince Namor adalah anak kepada nakhoda kapal bernama Leonard McKenzie, apabila Namor berada di daratan dia dikenali sebagai Namor McKenzie.
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.