Friday, February 4, 2011 at 9:27 AM |  

Nampaknya Brandon Routh hanya memegang watak Clark Kent/Superman untuk satu filem sahaja iaitu Superman Returns. Bryan Singer juga nampaknya tiada peluang lagi untuk mengarahkan sekuel untuk filem tersebut. Ini kerana pihak Warner Bros. telah pun memilih kasting dan krew perfileman baharu untuk francais filem Superman.

Filem yang berjudul Superman: Man of Steel ini akan menampilkan Henry Cavill sebagai Clark Kent/Superman. Aktor kelahiran British ini pernah dikenali melalui siri The Tudors sebagai Duke of Suffolk.

Henry Cavill juga hampir memegang watak sebagai Edward Cullen di dalam filem Twilight bagaimanapun watak tersebut kemudian diberikan kepada Robert Pattinson atas kehendak penulis buku tersebut, Stephanie Meyer.

Dengan pemilihan Henry Cavill ini melengkapkan senarai pemegang watak superhero terbaharu daripada aktor kelahiran British iaitu Bruce Wayne/Batman - Christian Bale, Peter Parker/Spider-Man - Andrew Garfield dan Clark Kent/Superman - Henry Cavill.

Sumber: MSN Entertainment.
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.