Demi untuk mempromosi perpaduan dan keamanan, pihak DC Comics telah bersetuju untuk menerbitkan siri komik khas di mana Justice League of America yang dianggotai oleh adiwira-adiwira seperti Superman, Batman, Wonder Woman, Hawkman dan The Atom akan bergabung dengan watak adiwira daripada Teshkeel Comics iaitu The 99. The 99 merupakan adiwira-adiwira yang didasarkan kepada 99 nama Allah mengikut kepercayaan Muslim.

Siri ini akan diterbitkan dalam enam isu, bermula pada bulan Oktober 2010.

Ia mengisahkan bahawa dunia diancam oleh suatu sumber kejahatan dan anggota-anggota Justice League of America dan The 99 perlu bekerjasama untuk menentang ancaman ini. Pada mulanya JLA dan The 99 tidak mempercayai antara satu sama lain dan sukar bekerjasama namun demi untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan kejahatan, semua itu akhirnya dapat diatasi.

Jalan ceritanya ditulis oleh Fabian Nicieza dan Stuart Moore manakala ia akan dilukis oleh Tom Derenick. Untuk kulit depan ia akan dilukis oleh Felipe Massafera, seorang pelukis Brazil yang telah banyak melukis untuk komik-komik terkenal.

Penerbitan komik tersebut telah mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan menyifatkan komik ini sebagai suatu mesej kepada golongan muda untuk perpaduan dan toleransi.

Khabarnya, siri animasi The 99 akan menyusul selepas ini.
Posted by zulazahari Labels: ,

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.