Thursday, March 10, 2011 at 9:44 AM |  

The Avengers

Diarahkan oleh Joss Whedon.

Dijangka akan ditayangkan pada 4 Mei 2012.

Barisan pelakon : Chris Evans (Steve Rogers/Captain America), Robert Downey Jr. (Tony Stark/Iron Man), Chris Hemsworth (Thor), Mark Ruffalo (Bruce Banner/Hulk), Samuel L. Jackson (Nick Fury), Jeremy Renner (Clint Barton/Hawkeye).

Diadaptasi daripada komik The Avengers terbitan Marvel Comics yang mengisahkan sepasukan superhero digabungkan oleh seorang agen kerajaan bernama Nick Fury untuk menegakkan keadilan di muka bumi.



Captain America: The First Avenger

Diarahkan oleh Joe Johnston

Dijangka akan ditayangkan pada 22 Julai 2011

Barisan pelakon: Chris Evans (Steve Rogers/Captain America), Hugo Weaving (Johann Schmidt/Red Skull), Sebastian Stan (Bucky Barnes), Hayley Atwell (Peggy Carter), Toby Jones (Arnim Zola), Samuel L. Jackson (Nick Fury), Tommy Lee Jones (Col. Chester Phillips).

Diadaptasi daripada komik Captain America terbitan Marvel Comics, mengisahkan tentera Amerika yang berjaya mencipta sejenis serum yang akan menjadikan seseorang itu mempunyai kekuatan luar biasa. Steve Rogers, seorang anggota tentera Amerika telah terpilih untuk dijadikan sebagai Super Soldier dan telah disuntik dengan serum tersebut. Steve Rogers kemudian menjadi Captain Amerika dan beliau bersama rakannya Bucky Barnes menentang kejahatan yang dilakukan oleh Red Skull.



Deadpool

Diarahkan sama ada oleh Robert Rodriguez atau Adam Berg

Tarikh tayangan belum ditetapkan.

Barisan pelakon: Ryan Reynolds (Deadpool)

Merupakan spin-off daripada The X-Men.



Ghost Rider: Spirit of Vengeance

Diarahkan oleh Mark Neveldine and Brian Taylor.

Dijangka akan ditayangkan pada 17 Februari 2012

Barisan pelakon: Nicolas Cage (Johnny Blaze/Ghost Rider), Ciarán Hinds (The Devil), Violante Placido (Nadia), Idris Elba (Moreau), Tobias Öjerfalk (watak yang belum dipastikan), Christopher Lambert (watak yang belum dipastikan).

Merupakan sekuel kepada filem Ghost Rider.



Iron Man 3

Diarahkan oleh Shane Black

Dijangka akan ditayangkan pada 3 Mei 2013

Barisan pelakon: Robert Downey Jr. (Tony Stark/Iron Man), Don Cheadle (Lt. Colonel James "Rhodey" Rhodes), Gwyneth Paltrow (Virginia "Pepper" Potts), Samuel L. Jackson (Nick Fury).

Merupakan sinambungan untuk filem Iron Man dan Iron Man 2.



The Amazing Spider-Man

Diarahkan oleh Marc Webb.

Dijangka akan ditayangkan pada 3 Julai 2012

Barisan pelakon: Andrew Garfield (Peter Parker/Spider-Man), Emma Stone (Gwen Stacy), Rhys Ifans (Dr. Curt Connors/The Lizard), Martin Sheen (Ben Parker), Sally Field (May Parker), Irrfan Khan (Van Atter), C. Thomas Howell (Ray).

Reboot untuk siri Spider-Man mengisahkan bagaimana Peter Parker terkena sengatan labah-labah radioaktif yang memberikannya kuasa luarbiasa. Setelah kematian pakciknya Ben Parker dibunuh perompak, Peter Parker berazam untuk membasmi jenayah dan menjadi adiwira yang digelar Spider-Man.



The Wolverine

Diarahkan oleh Darren Aronofsky

Tarikh tayangan belum ditetapkan

Barisan pelakon: Hugh Jackman (Logan/Wolverine)

Sekuel kepada filem X-Men Origins: Wolverine



The Dark Knight Rises

Diarahkan oleh Christopher Nolan

Dijangka akan ditayangkan pada 30 Julai 2012

Barisan pelakon: Christian Bale (Bruce Wayne/Batman), Michael Caine (Alfred Pennyworth), Tom Hardy (Bane), Anne Hathaway (Selina Kyle/Catwoman), Marion Cottilard (watak yang belum dipastikan).

Merupakan filem terakhir dalam trilogi Batman arahan Christopher Nolan.



Superman

Diarahkan oleh Zack Snyder

Tarikh tayangan belum ditetapkan

Barisan pelakon: Henry Cavill

Merupakan reboot untuk filem Superman. Mengisahkan Kal-El yang dihantar ke bumi oleh bapanya iaitu Jor-El kerana planet yang dihuni mereka iaitu Krypton akan meletup. Apabila tiba di bumi, Kal-El telah dipelihara oleh pasangan suami isteri bernama Jonathan dan Martha Kent. Kal-El telah diberi nama Clark Kent. Apabila dewasa, Clark Kent mendapati dirinya memiliki kuasa luarbiasa yang tidak dimiliki oleh manusia di bumi. Clark Kent kemudian menggunakan kuasanya untuk membanteras kejahatan dan menjadi manusia yang digelar Superman.

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.