Friday, June 24, 2011 at 9:49 AM |  

Zorro ialah nama adiwira karya penulis Johnston McCulley yang diperkenalkan pada tahun 1919. Watak ini diperkenalkan di dalam cerpen tulisan McCulley berjudul The Curse of Capistrano yang disiarkan di dalam majalah bernama All-Story Weekly. Watak itu kemudian diperkembangkan di dalam filem berjudul The Mark of Zorro pada tahun 1924.

Identiti sebenar Zorro ialah Don Diego de la Vega atau dikenali juga sebagai Don Diego Vega, seorang hartawan yang tinggal di California, ketika itu di bawah pemerintahan kerajaan Sepanyol.

Zorro memakai kostum serba hitam juga bertopeng. Antara pengenalan Zorro yang terkenal ialah Zorro sering melakar tanda 'Z' menggunakan pedang pada dinding bangunan, pokok dan adakalanya pada badan penjahat sebagai memberitahu bahawa ia adalah angkara Zorro.

Watak Zorro mempunyai persamaan dengan Robin Hood, wira legenda masyarakat British yang menentang kezaliman dan penindasan. Begitu juga dengan Zorro yang akan merampas harta benda daripada pemerintah zalim dan orang kaya yang menindas orang miskin sedangkan Zorro sendiri adalah Don Diego Vega, seorang yang kaya. Ini menyebabkan ada masanya Zorro akan merompak kediamannya sendiri untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan orang lain.

Watak Zorro mempunyai pengaruhnya sendiri terhadap penciptaan adiwira-adiwira yang lain antaranya pencipta watak Batman iaitu Bob Kane mengakui sendiri bahawa dia mencipta watak Batman berdasarkan watak Zorro, terutama sekali dengan watak Bruce Wayne yang merupakan seorang kaya dan kehilangan ibu bapanya akibat dibunuh, sama seperti watak Zorro.

Penulis dan pelukis komik Frank Miller kemudian mengaitkan watak Zorro dan Batman di dalam komiknya berjudul The Dark Knight Returns dan The Dark Knight Stikes Again di mana watak Batman telah melakarkan huruf 'Z' pada musuhnya.

Watak Zorro juga di'parodi'kan untuk watak Puss in Boots di dalam filem animasi Shrek. Pelantun suara untuk watak Puss in Boots ialah Antonio Banderas yang pernah memegang watak Zorro di dalam filem The Mask of Zorro dan The Legend of Zorro. Seperti Zorro, Puss in Boots juga sering melakarkan huruf 'P' sebagai pengenalan dirinya.

Zorro di dalam bahasa Sepanyol bermaksud musang.

sumber: wikipedia
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.