Monday, July 16, 2012 at 9:00 AM |  
Komik digital pertama yang disiarkan secara dalam talian ialah Witches and Stitches karya Eric Milikin. Ia disiar dalam rangkaian CompuServe pada tahun 1985.

Cetakan komik digital pertama ialah Shatter yang ditulis oleh Peter Gillis dan diilustrasi menggunakan komputer oleh Mike Saenz.

Pepe Moreno, penulis dan pelukis Batman: Digital Justice, imej daripada www.actionsecomics.net
Batman: Digital Justice disiarkan oleh DC Comics pada tahun 1990 dengan teknik janaan grafik komputer yang lebih maju.

The Black Diamond Effect karya George Peter Gatsis pada tahun 1990 adalah komik digital yang menyelitkan unsur aksara digital berbilang, pemprosesan 3D dan teknik 2D untuk mimik animasi.

Di Malaysia, komik mula wujud sejak zaman sebelum merdeka dan salah seorang pelukis komik veteran terkenal ialah Nek Norzarah Abdullah yang berpengalaman melukis komik sejak tahun 1954.

Transisi dunia komik manual kepada digital berlaku pada tahun 1990an apabila kemunculan teknologi internet.

Komik pada tahun 1980 dan 1990an lebih kepada unsur humor sementara komik pada tahun 2000 mempunyai elemen fantasi yang kental dan banyak dipengaruhi oleh komik manga dan mula diterbitkan secara digital.

-Kosmo!
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.