Watak Batman dicipta oleh Bob Kane dan Bill Finger. Kisah Batman yang pertama disiarkan pada isu ke-27 Detective Comics yang diterbitkan pada bulan Mei 1939. Ketika itu ia dikenali sebagai Bat-Man.

Kisah pertama Batman itu telah memperkenalkan Bruce Wayne, seorang bilionair yang kacak dan dikelilingi wanita cantik bagaimanapun mempunyai rahsia peribadi yang tidak diketahui umum. Beliau adalah Batman, seorang pembasmi jenayah bertopeng yang menggunakan kekayaannya dan kekuatan fizikal untuk menentang jenayah dan kejahatan.

Setelah dikenali menerusi Detective Comics, popularitinya menyebabkan sebuah isu yang khusus tentang Batman dterbitkan. Tidak lama kemudian, sebuah filem pula diterbitkan. Kemunculan pertama Batman di layar perak adalah pada tahun 1943, apabila Columbia Pictures menerbitkan sebuah filem bersiri yang mempunyai 15 episod diberi judul Batman. Kejayaan filem Batman membuatkan susulan filem itu dibikin dan kali ini Batman mempunyai teman berganding iaitu Robin. Filem Batman and Robin diterbitkan pada tahun 1949.

Filem Batman yang pertama

Setelah terhenti agak lama akibat meletusnya peperangan, komik Batman diterbitkan semula dan kali ini sebuah siri televisyen diterbitkan. Siri televisyen Batman yang pertama diterbitkan pada tahun 1966 di mana pelakon Adam West membawakan watak tersebut. Populariti siri televisyen ini menyebabkan sebuah filem dibikin pada tahun 1966 yang juga menampilkan Adam West sebagai pelakon utamanya. Bagaimanapun, pada tahun 1968, siri televisyen Batman telah dihentikan setelah ia bertahan selama tiga musim dan 120 episod.

Bersambung....
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.