Monday, May 4, 2009 at 4:52 PM |  
Di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat, tiada persembunyian lagi untuk para penjenayah. Selain berdepan dengan pihak berkuasa mereka juga terpaksa menghadapi seseorang yang menegakkan keadilan dan undang-undang di bandar itu. Lelaki itu adalah Shadow Hare.

Identiti sebenar Shadow Hare tidak diketahui. Shadow Hare berpakaian sut hitam dan bersenjatakan pistol taser, gari dan alat penyembur lada. Shadow Hare juga dikatakan mahir dalam seni mempertahankan diri seperti Shōrin-ryū. Usia Shadow Hare dijangka dalam lingkungan 20'an.

Bagaimanapun tindakan Shadow Hare ini tidak disenangi oleh pihak polis Cincinnati. Ketua Polis daerah Milford berkata tindakan Shadow Hare ini amat berbahaya kerana dia tidak dilatih dan mungkin boleh membahayakan dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shadow Hare sila klik sini dan sini.

Sementara itu di San Diego seorang lagi terdapat seorang lagi Adiwira sebenar. Lelaki misteri yang menggelarkan dirinya Mr. Xtreme juga menegakkan keadilan dan undang-undang dengan dirinya sendiri. Seperti juga Shadow Hare, tindakan Mr. Xtreme tidak direstui oleh pihak berkuasa tempatan.

Mr. Xtreme
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.