
Monday, May 18, 2009
at
9:59 AM
|

Lex Luthor merupakan watak fiksyen dan juga antagonis yang telah dicipta oleh Jerry Siegel Dan Joe Shuster, dua orang penncipta watak Adiwira tersohor, Superman. Lex Luthor merupakan musuh ketat bagi Superman dan juga superhero-superhero lain dalam dunia komik DC.
Lex Luthor digambarkan sebagai seorang sanitis yang bijak, bergaya dan kaya bagaimanapun mempunyai kecenderungan untuk menguasai dunia. Luthor juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai ambisi tinggi sehingga sanggup mengorbankan nyawa orang yang tidak berdosa.
Watak Lex Luthor mula diperkenalkan dalam cerita pendek berjudul The Reign of Super-Man pada tahun 1933. Kisah ini ditulis oleh Jerry Siegel manakala ilustrasinya dilukis oleh Joe Shuster. Walaupun judul cerpen ini ditulis Super-Man, watak Superman masih belum muncul dalam cerpen ini.
Cerpen ini mengisahkan seorang saintis bernama Professor Ernest Smalley telah memilih seorang gelandangan bernama Bill Dunn sebagai bahan ujikajinya. Apabila eksperimen dilakukan ke atas Dunn, Dunn menerima kuasa telepatik yang luar biasa dan merancang untuk menakluki dunia. Dunn membunuh Professor Smalley, malangnya kuasa yang dimilikinya cuma sementera dan setelah Professor Smalley dibunuh, Dunn gagal menghasilkan formula luar biasa itu semula. Akhirnya Dunn kembali kepada asal, iaitu seorang lelaki miskin yang tinggal di jalanan. Rupa Professor Smalley di dalam cerpen ini digambarkan menyerupai Lex Luthor iaitu seorang lelaki genius yang berkepala botak dan bercita-cita tinggi.
Watak itu dikembangkan lagi dan Jerry Siegel memperkenalkan watak Luthor, seorang saintis gila dalam cerpennya yang berikut sehinggalah kemunculan komik pertama Superman yang disiarkan di Action Comics terbitan DC pada tahun 1940. Pada mulanya Lex Luthor digambarkan sebagai seorang genius yang jahat berambut kemerah-merahan.

Pada era 80'an, watak Lex Luthor dibentuk dengan trade mark yang baru yang kekal sehingga kini. Lex Luthor bukan lagi seorang saintis gila, sebaliknya seorang ahli korporat yang berambisi tinggi dan lebih bergaya. Luthor juga mempunyai firmanya sendiri iaitu LexCorp dan menjadi ketua untuk organisasi jenayah antarabangsa dikenali sebagai InterGang.

Luthor menaruh hati kepada seorang jurnalis Daily Planet bernama Lois Lane. Bagaimanapun Lois Lane menolak lamaran Lex Luthor dan mengharapkan kasih Superman, membuatkan Luthor menjadi cemburu, iri hati dan dendam terhadap Superman, apatah lagi Adiwira itu sering mematahkan operasi haramnya.
Watak Luthor dikembangkan lagi sehingga dalam komik mengenai Luthor sendiri iaitu Lex 2000 isu pertama, Luthor menjadi Presiden Amerika Syarikat. Di dalam komik ini Luthor telah berkonflik dengan Bruce Wayne dan memerangkap Bruce Wayne dalam pembunuhan kekasih Bruce Wayne iaitu Vesper Fairchild.





Lex Luthor di dalam siri TV Smallville dikatakan sebagai adaptasi terbaik watak itu di kaca television atau pun di dalam filem. Di dalam siri TV ini digambarkan bahawa Lex Luthor bukanlah seorang yang jahat daripada asalnya, bagaimanapun beberapa peristiwa dan kejadian menjadikan personaliti Luthor berubah. Watak Lex Luthor dalam siri Smallville telah dilakonkan oleh Michael Rosenbaum.
Di dalam siri ini Lex Luthor merupakan anak kepada seorang ahli korporat bernama Lionel Luthor. Lionel Luthor merupakan seorang ahli perniagaan yang autokratik dalam urusan perniagaannya. Sewaktu kanak-kanak, Luthor telah dibawa oleh ayahnya untuk melawat firma mereka di Smallville. Ketika itu Lex Luthor digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang cantik dan mempunyai rambut berwarna merah keemasan. Tiba-tiba Smallville dihujani oleh hujan meteor yang telah mengorbankan ibu bapa Lana Lang. Hujan meteor ini juga turut membawa sama seorang kanak-kanak dari angkasa lepas yang ditemui oleh pasangan Kent. Kanak-kanak ini dijaga oleh mereka dan diberi nama Clark Kent. Hujan meteor ini juga menyebabkan kepala Luthor menjadi botak akibat oleh radiasi.

Apabila remaja, Luthor telah kembali semula ke Smallville dan sewaktu bersiar-siar di pekan Smallville bersama kereta mewahnya, dia telah terlanggar sesuatu (sebenarnya terlanggar Clark Kent) dan keretanya menjunam ke dalam sungai. Dia telah diselamatkan oleh Clark Kent dan akibat daripada insiden itu maka bermulalah persahabatan antara Clark Kent dan Lex Luthor. Bagaimanapun persahabatan baik mereka itu tidak bertahan lama apabila beberapa insiden berlaku selepas itu seperti pembunuhan ayah Clark iaitu Jonathan Kent oleh Lionel Luthor dan konflik percintaan tiga segi antara Clark Kent, Lana Lang dan Lex Luthor.
Posted by
zulazahari
Labels:
Superman
0 comments:
Post a Comment