Tuesday, May 19, 2009 at 4:28 PM |  
Gotham Central ialah judul komik terbitan DC. Ia lebih fokus kepada Jabatan Polis Gotham City dan anggota-anggotanya. Komik ini ditulis oleh Ed Brubaker dan Greg Rucka manakala dilukis oleh Michael Lark.

Komik Gotham Central ini pernah dicadangkan untuk dijadikan siri TV bagaimanapun pihak Warner kemudian membatalkan rancangan itu kerana tidak mahu lagi menerbitkan sebuah siri TV yang berkaitan dengan Batman selepas Bird of Prey.

Seperti kisah polis yang lain, Gotham Central lebih banyak fokus kepada anggotanya yang terpaksa berdepan dengan penjenayah luarbiasa seperti The Joker, The Riddler, Two Face, Penguin dan Catwoman. Bagaimanapun mereka mendapat bantuan daripada Batman, Robin dan Batgirl.

Komik Gotham Central pernah dicalonkan untuk Best New Series dalam Will Eisner Comic Industry Awards tahun 2003. Pada tahun 2004 pula ia dicalonkan dalam kategori Best Continuing Series. Gotham Central memenangi anugerah Best Serialized Story untuk edisi 6-10 berjudul Half a Life pada WECIA 2004.
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.