Monday, June 22, 2009 at 12:06 PM |  
Ben 10 mungkin adiwira yang agak asing bagi generasi lama namun agak popular bagi generasi baru (yang membesar di sekitar tahun 2000 ke atas).

Ben 10 merupakan watak animasi televisyen (belum terdapat lagi dalam bahan bercetak seperti komik dan novel grafik) yang diilhamkan dan karya Man of Action, sekumpulan karyawan terdiri dari Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly dan Steven T. Seagle. Siri animasi Ben 10 ini diasiarkan di rangkaian Cartoon Network.

Jalan ceritanya mengisahkan seorang budak lelaki bernama Ben Tennyson bersama-sama sepupunya Gwen mengikuti datuknya Maxwell dalam perkhemahan musim panas. Hubungan Ben dengan sepupunya Gwen tidak begitu baik dan mereka sering bertengkar, tambahan pula Ben suka mengusik sepupunya itu.

Suatu hari, Ben terjumpa objek seperti jam tangan yang dipanggil Omnitrix. Dia memasang objek tersebut pada tangannya dan tanpa sengaja dia bertukar menjadi makhluk asing. Setelah dikaji, rupanya alat tersebut mampu menukar pemakainya menjadi 10 jenis makhluk asing dengan kuasa mereka yang tersendiri (ada persamaan dengan kisah Dial H for Hero yang diterbitkan oleh DC Comics). Ben mengambil peluang ini untuk menyelamatkan umat manusia daripada kejahatan dan serangan makhluk asing lain.

Nama Ben 10 kemungkinan diambil daripada nama Ben dan 10 jenis makhluk asing atau mungkin juga singkatan daripada nama Ben Tennyson. Antara nama-nama makhluk asing yang terkandung dalam Omnitrix tersebut ialah Diamondhead, Fourarms, Ghostfreak, Grey Matter, Heatblast, Ripjaws, Stinkfly, Upgrade, Wildmutt dan XLR8.

Apabila Ben mampu bertukar menjadi beberapa makhluk asing selain daripada 10 yang terkandung dalam Omnitrix, maka nama Ben 10 itu kemungkinan besar singkatan namanya. Antara makhluk asing baru yang ditemui oleh Ben ialah Benmummy, Benvicktor, Benwolf, Cannonbolt, Ditto, Eon, Eye Guy, Upchuck, Way Big dan Wildvine.

Siri animasi Ben 10 dikembangkan kepada beberapa spin-off seperti Ben 10: Alien Force, Ben 10: Protector of Earth dan juga dua buah filem iaitu Ben 10: Secret of the Omnitrix yang merupakan filem animasi manakala Ben 10: Race Against Time merupakan filem berbentuk live-action. Ben 10: Race Against Time dibintangi oleh Graham Phillips, Haley Ramm dan Lee Majors.

Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.