
Wednesday, July 8, 2009
at
10:22 AM
|

Danny Phantom ialah seorang remaja berusia 14 tahun bernama Danny Fenton. Danny merupakan seorang pelajar yang kurang popular di Sekolah Tinggi Casper (Casper High School, parodi kepada nama Casper, The Friendly Ghost, watak kartun hantu yang popular pada tahun 50'an terbitan Harvey Comics).
Ibu bapanya merupakan saintis dan obses kepada perkara-perkara paranormal dan ingin menangkap hantu untuk kajian mereka. Mereka telah mencipta sejenis mesin yang dipanggil Ghost Portal. Suatu hari Danny telah masuk ke makmal ibu bapanya dan atas cabaran daripada dua teman baiknya, Tucker dan Sam, Danny telah masuk ke dalam mesin tersebut. Secara tidak sengaja Danny telah menghidupkan mesin itu dan DNA Danny telah bercantum bersama ectoplasm yang menukarkannya menjadi separuh manusia dan separuh hantu.
Pada mulanya Danny agak panik dengan perubahan kepada dirinya. Namun kemudian Danny merasakan bahawa dia boleh menggunakan kebolehannya untuk membantu manusia, maka Danny telah menjadi seorang adiwira yang menyelamatkan dunia daripada kejahatan dan gangguan makhluk halus. Pada mulanya hanya dua orang sahaja yang mengetahui rahsia Danny iaitu Sam dan Tucker. Rahsia Danny kemudian turut diketahui oleh kakaknya, Jasmine namun merahsiakan daripada pengetahuan orang lain termasuk ibu bapanya.

Danny juga mempunyai beberapa sekutu daripada golongan hantu sendiri seperti Cujo, Wulf, Clockwork, Frostbite dan Pandora.
Posted by
zulazahari
Labels:
Danny Phantom
0 comments:
Post a Comment