Siri televisyen Smallville merupakan sebuah siri TV yang popular di seluruh dunia masa kini. Siri yang dikatakan prekuel untuk watak adiwira Superman itu sangat unik kerana menggabungkan kisah superhero dan kisah remaja ala-ala Beverly Hills 90210.

Namun mungkin ramai yang tidak perasan bahawa siri ini juga seolah-olah satu reunion atau perjumpaan semula bekas-bekas pelakon yang pernah membintangi filem ataupun siri televisyen Superman.

Ia bermula dengan Annette O'Toole yang memegang watak Martha Kent, ibu kepada Clark Kent dalam siri ini. Annette O'Toole pernah memegang watak sebagai Lana Lang dalam filem Superman III.

Ia disusuli pula oleh mendiang Christopher Reeve yang membawakan watak Dr. Virgil Swann, seorang saintis yang memahami dan dapat menafsirkan bahasa Krypton. Dr. Virgil Swannlah yang bertanggungjawab menjelaskan kepada Clark Kent tentang asal-usul Clark dan nama sebenar Clark iaitu Kal-El. Christopher Reeve merupakan pelakon yang membawakan watak Clark Kent/Superman dalam keempat-empat filem Superman pada tahun 80-an.

Meskipun ayah kepada Kal-El iaitu Jor-El tidak pernah ditunjukkan dalam siri Smallville, namun suaranya pernah didengari dalam sebuah episod siri Smallville. Suara tersebut merupakan suara pelakon Terence Stamp yang pernah memegang watak sebagai General Zod dalam filem Superman the Movie dan Superman II.

Margot Kidder yang pernah memegang watak sebagai Lois Lane dalam keempat-empat filem Superman turut berlakon dalam siri Smallville memegang watak sebagai Dr. Bridgette Crosby. Dr. Bridgette Crosby merupakan rakan kepada Dr. Virgil Swann dan mengetahui rahsia tentang Clark Kent.

Marc Mclure yang memegang watak sebagai Jimmy Olsen dalam keempat-empat filem Superman dan juga filem Supergirl muncul dalam siri Smallville memegang watak sebagai saintis dari planet Krypton bernama Dax-Ur.

Walaupun tidak berlakon dalam filem Superman, namun Helen Slater yang memegang watak sebagai Supergirl dalam filem Supergirl turut muncul dalam siri Smallville. Dalam siri ini Helen memegang watak sebagai Lara, ibu kandung Kal-El atau Clark Kent.

Dean Cain yang memegang watak sebagai Clark Kent/Superman dalam siri TV popular 90-an, Lois and Clark: The New Adventures of Superman memegang watak sebagai penjahat bernama Dr. Curtis Knox dalam siri Smallville.

Selain menghimpunkan bekas-bekas pelakon Superman siri Smallville turut mengundang beberapa pelakon yang membintangi siri-siri TV popular yang lain antaranya ialah John Schneider yang memegang watak sebagai Jonathan Kent pernah memegang watak sebagai Bo Duke dalam siri TV popular 70-an The Dukes of Hazzard.

Jensen Ackles yang memegang watak sebagai Dean Winchester dalam siri TV popular Supernatural memegang watak sebagai penjahat bernama Jason Teague dalam siri Smallville.

Lynda Carter, pelakon yang pernah memegang watak sebagai Wonder Woman (satu lagi watak superhero DC) turut diundang untuk memegang watak sebagai ibu kepada Chloe Sullivans.
Posted by zulazahari Labels:

1 comments:

RABUN said...

wah family superman bersatu...

September 10, 2009 at 7:46 PM  

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.