Zack Snyder, pengarah filem epik 300 dan filem superhero Watchmen telah dipilih untuk mengarahkan filem baharu Superman.

Mampukah Zack Snyder mengembalikan kegemilangan filem-filem Superman lakonan mendiang Christopher Reeve? Zack Snyder dikira amat bertuah kerana filem Superman yang baharu ini akan diterbitkan oleh Christopher Nolan, yang telah berjaya meraih kejayaan melalui filem The Dark Knight, sebuah lagi filem yang berdasarkan kepada watak adiwira komik DC iaitu Batman.

Filem Superman sebelum ini iaitu Superman Returns dikatakan telah gagal maka pihak penerbitan merancang untuk membikin semula francais Superman.


Emma Stone


Andrew Garfield


Sementara itu, pelakon Emma Stone dikatakan akan membawakan watak Gwen Stacy di dalam francais terbaharu Spider-Man. Watak Peter Parker dan juga Spider-Man akan dijayakan oleh Andrew Garfield namun tiada maklumat siapakah yang akan membawa watak Mary Jane iaitu gadis idaman Peter Parker.

sumber: MSN Entertainment
Posted by zulazahari Labels: ,

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.