Sebuah lagi filem adiwira yang sedang dalam pembikinan ialah Green Lantern. Filem yang berdasarkan kepada adiwira DC Comics ini diarahkan oleh Martin Campbell.

Watak Green Lantern dan alter egonya Hal Jordan dilakonkan oleh Ryan Reynolds. Ia mengisahkan seorang juruterbang bernama Hal Jordan yang dianugerahkan sejenis cincin daripada sekumpulan makhluk asing yang dikenali sebagai Green Lantern Corps. Cincin itu mempunyai kuasa luarbiasa dan digunakan untuk tujuan kebaikan. Setelah memakai cincin itu Hal Jordan dikenali sebagai adiwira bernama Green Lantern.

Pelakon lain yang turut membintangi filem Green Lantern ini ialah:

Mark Strong sebagai Sinestro iaitu mentor kepada Hal Jordan/Green Lantern.

Blake Lively sebagai Carol Ferris, Presiden kepada syarikat Ferris Aircraft dan juga merupakan buah hati kepada Hal Jordan.

Peter Sarsgaard sebagai Dr. Hector Hammond, seorang saintis yang menemui serpihan meteor yang aneh. Serpihan meteor itu telah menyebabkan otaknya membesar dan menyebabkan Dr. Hector Hammond memiliki kuasa psikik.

Angela Bassett sebagai Dr. Amanda Waller, seorang saintis dan agen kerajaan yang sering ditugaskan dalam misi-misi penting kerajaan.

Tim Robbins sebagai Senator Robert Hammond, ayah kepada Dr. Hector Hammond.

Temuera Morrison sebagai Abin Sur, makhluk asing yang telah memberikan cincin kuasa kepada Hal Jordan.

Filem ini dijangka akan ditayangkan kepada umum pada bulan Jun 2011 dalam format 2D dan 3D.
Posted by zulazahari Labels:

0 comments:

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.